Friday, July 21, 2017

Sejarah Penubuhan Juara Travel

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.

                 Bermula sebagai sebuah syarikat kecil seramai 3 orang kakitangan, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka peluang pekerjaan dengan penubuhan cawangan kami di, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak.

                 Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, telah mengendalikan kurang lebih 30 000 jemaah sehingga kini. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Kami menggunakan khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalamanbagi menyantuni jemaah umrah kami sebelum, selepas dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

                 Selain daripada pengurusan umrah, kami juga berpengalaman membawa pelancong mengembara secara individu mahupun berkumpulan ke luar negara.



Perkhidmatan Kami


  • Pakej Umrah, Ziarah dan Haji
  • Tempahan tiket Waran Perjalanan udara Kerajaan
  • Tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negara
  • Pakej pelancongan berkonsepkann Islam dalam dan luar negara
  • Pakej lawatan sambil belajar
  • Pengurusan VISA
  • Tempahan pengangkutan dalam dan luar negara
  • Tempahan hotel dalam dan luar negara
  • Wakil syarikat di lapangan terbang
  • Akademi Mutawwif (Pembimbing Umrah)
  • Kursus bimbingan umrah percuma



No comments:

Post a Comment